DASAR PENSWASTAAN
—PENGENALAN
—Diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983
—Menyokong dasar-dasar lain seperti dasar perindustrian Malaysia
—Menekankan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara
—Mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan penglibatannya dalam ekonomi sertamengurangkan skop dan tahap perbelanjaan awam.
—Penswastaan didefinisikan sebagai pemindahan segala aktiviti dan fungsi yang padatradisinya merupakan tanggungjawab kerajaan kepada sektor swasta.
—Berteraskan kepada lebihan kuasa pasaran berbanding dengan arahan pentadbiran dalammempengaruhi kegiatan ekonomi untuk meningkatkan kecekapan
—Mweujudkan permintaan yang tinggi terhadap kepakaran pengurusan dan keusahawanan
—Menyediakan peluang yang unik untuk memupuk dan mengembangkan perniagaanbumiputera
—OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN
1.Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
—Membolehkan kerajaan menyerahkan kegiatan komersil kepada sektor swasta supaya kerajaandapat menumpukan usaha ke atas fungsi tradisi seperti mengekalkan keamanan negaradan memberi sokongan kepada pencapaian objektif pertumbuhan dan pengagihan
2. Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran
—Kecekapan dapat dipertingkatkan melalui beberpa cara termasuk mewujud dan menggalakkanpersaingan memberi insentif kepada kakitangan dan menjauhkan syarikat-syarikat kerajaandaripada pengawasan politik serta peraturan kerajaan
3. Mempercepatkan proses pertumbuhan
— membuka peluang kepada sektor swasta bagi meningkatkan peranan dlm pembangunan negara.
—Berorientasikan komersil mengutamakan keuntungan dan menjadi teras kepada pembangunanekonomi yang lebih pesat
—Kerajaan akan dapat cepat memperoleh cukai korporat untuk membiayai pula projek sosioekonomi
4. Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi
—Mengurangkan dan mengecilkan sektor awam dan menonjolkan penglibatan sektor swasta yanglebih banyak dalam pertumbuhan ekonomi untuk menerajui negara
5. Membantu mencapai matlamat dasar ekonomi negara
—Penswsataan akan menyediakan lebih banyak peluang bagi meningkatkan lagi kadar pencapaianobjektif dasar ekonomi negara khususnya dari segi penyusunan semula corak pemilikan didalam ekonomi
Menubuhkan Unit Perancang Ekonomi (UPE)
—Jawatankuasa ini telah menyediakan garis panduan yang lengkap untuk kegunaan kementerian/ jabatan yang ingin menswastakan beberapa perkhidmatan di bawah kawalan mereka.Tiga garis panduan telah dikeluarkan iaitu :-
Garis panduan mengenai penswastaan untuk kegunaan pihak swasta bertarikh 21Januari 1985
Pekeliling Am Bil. 2/85: Garis panduan mengenai penswastaan untuk agensi-agensikerajaan bertarikh 21 Januari 1985
—STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENSWASTAAN
c. Pelan Induk Penswastaan
—Diterbitkan pada tahun 1991 bertujuan untuk membolehkan pihak swasta dan awam memahamidengan jelas dasar-dasar di bawah program penswastaan dan peluang-peluang pelaburanyang wujud olehnya.
—PIP mengandungi panduan dan penjelasan mengenai pelaksanaan dasar , rangka konsep, rangkamenyeluruh, isu-isu berkaitan dengan penswastaan,
—Menggariskan juga pelan tindakan pendekatan pelaksanaan serta jentera pentadbiran
—
BENTUK-BENTUK PENSWASTAAN
1. Penswastaan menyeluruh
—Seratus peratus kepentingan kerajaan dipindah milik kepada sektor swasta
2. Penswastaan secara sebahagian
—Sebahagian milik kerajaan dalam sesebuah agensi kerajaan dipindahkan kepada sektor swasta
3. Penswsataan secara terpilih
—Sesuatu agensi menjual bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatannya tetapi terusmemiliki yang lain
4. Penswastaan berbentuk pengurusan, bercorak perniagaan swasta
—Kerap diamalkan oleh kerajaan
—Prinsip perniagaan diamalkan sepenuhnya
5. Penswastaan secara kontrak
—Terlaksana dengan pemberian kontrak perkhidmatan kerajaan kepada sektor swasta tanpamerombak struktur organisasi agensi kerajaan tersebut
6. Penswastaan secara pajakan
—Membolehkan penyewaan kemudahan dan harta kerajaan yang tertentu bagi mendapatkan hasiltanpa mengubah hakmilik kerajaan
7. Penswastaan berbentuk pengurusan swasta
—Ini bermakna hanya kepakaran sektor swasta dari segi pengurusan dan pengetahuan sahajadigunakan oleh kerajaan tanpa sebarang pertukaran hakmilik
—
FAEDAH PENSWASTAAN
1.Diberikan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan kerjaya
2.Diberikan peluang untuk memiliki saham organisasi
3.Diberikan dorongan untuk meningkatkan produktiviti
4.Mendapat perkhidmatan yang lebih cekap
5.Mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas dan terjamin
6.Mengurangkan beban kerajaan dari segi kewangan dan pentadbiran
7. Mendapat hasil tambahan untuk membayar perbelanjaan kerajaan
8. Membuka peluang untuk pelaburan asing datang ke negara ini
9. Mendorong penggunaan sumber-sumber ekonomi dengan lebih cekap dan rasional
No comments:
Post a Comment